ULASAN JURNAL 4

A Study of the Development of Students Visualizations of Program State during an Elementary Object-Oriented Programming Course
JORMA SAJANIEMI, MARJA KUITTINEN and TAINA TIKANSALO
University of Joensuu
ACM Journal on Educational Resources in Computing, Vol. 7, No. 4, Article 3, Pub. date: January 2008.

Jurnal ini menerangkan tentang satu kajian yang dijalankan kepada sekumpulan pelajar tentang visualisasi mereka terhadap Object-Oriented (OO) program state. Pelajar yang mempelajari subjek OO programming seringkali mengalami masalah dari segi pemahaman konsep OO. Jurulatih / Pensyarah pula akan menggunakan kaedah P&P secara visual untuk menerangkan konsep OO dan program execution. Pelbagai kaedah / tools telah direka untuk membantu P&P dalam subjek ini.

Kajian ini telah dijalankan kepada sekumpulan 59 orang pelajar yang mengikuti kursus Java programming. Mereka diberi soal selidik yang mengandungi penilaian kendiri; kefahaman terhadap konsep-konsep programming yang telah dipelajari; dan melukis objek programming (object-drawing task). Dapatan kajian menunjukkan pelajar membuat kesilapan (errors) seperti (i) salah faham tentang konsep OO, dan (ii) salah faham tentang program Java yang dipelajari. Pelajar juga didapati mengalami masalah (i) menyatakan hubungan antara objek dan kaedah (method) dalam programming, dan (ii) peranan kaedah utama (main method) dalam programming.

IMPLIKASI KEPADA P&P PENGATURCARAAN KOMPUTER
Kajian ini memberi gambaran yang jelas terhadap pemahaman sebenar konsep pengaturcaraan (programming) oleh seorang pengaturcara novis (dalam kes ini, pelajar). Seorang pengaturcara novis perlu mempunyai pemahaman yang jelas terhadap konsep-konsep asas programming (dalam kajian ini OO programming), konsep objek dalam programming dan sebagainya, sebelum memulakan sesuatu pengaturcaraan program. Ini penting bagi mengelakkan salah faham terhadap konsep OO, yang akan mengakibatkan penggunaan kaedah yang tidak tepat untuk memulakan suatu program.