Friday, February 26, 2010

LITERASI VISUAL, MEDIA, MULTIMEDIA & MAKLUMAT

PEMIKIRAN VISUAL
  • Pemikiran adalah satu proses mental bagi memperoleh pengetahuan dan pemahaman dengan tujuan menyelesaikan masalah.
  • Pemikiran visual pula adalah proses memperoleh pengetahuan dan pemahaman secara visual. Contoh : melihat gambar, menonton berita
Sumber:
Retrieved : 26/2/2010

LITERASI
  • Konsep asas literasi adalah kemampuan membaca dan menulis seseorang individu.
  • Literasi adalah satu istilah yang digunakan oleh kementerian pendidikan untuk menggelar pengajaran asas pembacaan dan penulisan, tetapi tidak semestinya mengenai pembelajaran untuk belajar.
LITERASI VISUAL
  • Literasi visual bermaksud kemampuan mentafsir visual (seperti gambar atau foto) supaya boleh difahami oleh orang lain.
  • Menurut Laconte (1984) kemahiran literasi visual adalah satu kemahiran memahami dan menterjemah mesej visual kepada maklumat yang tepat.
  • Heinich, Molenda, dan Russell (1994) yang mendefinisikan kemahiran literasi visual sebagai kebolehan yang dipelajari untuk menafsir mesej visual dengan tepat dan juga untuk membuat mesej-mesej seperti itu.
Sumber :

  1. Retrieved : 20/2/2010
  2. Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya. VISUALISASI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN MASA KINI. Norasikin Fabil. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zawawi Ismail. Universiti Malaya.
LITERASI MEDIA
  • Kemampuan untuk menggunakan dan mendapatkan maklumat daripada media massa dan ICT. Media massa adalah berkaitan dengan penggunaan media cetak dan media elektronik. Sementara ICT pula merupakan penggunaan jaringan internet dan komputer.
Sumber:
http://www.ippbm.gov.my/v2/index.php?option=com_rubberdoc&view=doc&id=58&format=ra


Retrieved : 27/2/2010
  
LITERASI MULTIMEDIA
  • Multimedia adalah sumber dari pelbagai bentuk ( teks, audio, grafik, animasi, video dan interaktiviti) yang mengandungi maklumat.
  • Literasi multimedia adalah kemampuan untuk menggunakan dan mendapatkan maklumat daripada sumber multimedia.
LITERASI MAKLUMAT

  • Kemampuan untuk mengenalpasti bila maklumat diperlukan, serta kecekapan dan kemahiran untuk mengesan, menilai dan mengguna maklumat dengan berkesan.
Sumber :


GARISPANDUAN MENGENAI LITERASI MAKLUMAT UNTUK PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT. Jesús Lau. Universidad Veracruzana / DGB / USBI VER
www.uv.mx/usbi_ver.
Boca del Río, Veracruz, México
Dikaji semula Julai 29, 2006


  • Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinasikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.  
  • UNESCO( 2004) menyatakan bahawa “Information literacy is a set of abilities to recognize what and when  information is needed , locate and select critically the information, use ethically and communicate it effectively”
Sumber:
http://www.smkjawi.edu.my/pss/index.php?option=com_content&task=view&id=129&Itemid=149


Retrieved: 27/2/2010

No comments:

Post a Comment