ULASAN BUKU

Tajuk
AN INTRODUCTION TO PROGRAMMING USING VISUAL BASIC 2005
Sixth Edition, 2006, 736 muka surat, ISBN 0-13-030654-1
Pengarang
David I. Schneider
Penerbit
Pearson-Prentice Hall

Buku ini dikarang khas untuk pembaca / pengguna yang tidak mempunyai pengalaman pengaturcaraan. Ada pembaca yang berpendapat buku ini sesuai untuk pengarturcara novis, dan ada juga yang berpendapat buku ini tidak sesuai untuk pengaturcara novis sebaliknya kepada anda panduan pengaturcara intermediate (mempunyai pengalaman membuat pengaturcaraan). Walaubagaimanapun, buku ini memberi pembaca pengetahuan asas tentang pengaturcaraan dan Visual Basic supaya pembaca mendapat pemahaman yang mantap terhadap pengaturcaraan. Buku ini memberi pembaca gambaran sebenar tentang Visual Basic seperti contoh-contoh latihan berdasarkan case studies dan projek-projek pengaturcaraan sebenar. 


Bab 1 buku ini memberi penerangan asas berkenaan komputer, sejarah awal penggunaan komputer, penggunaan Windows dan penggunaan files dan folders dalam Windows. Bab ini juga memberi intro awal tentang Visual Basic 2005 (VB5).

Bab 2 menerangkan penyelesaian masalah (problem solving) dari segi program-development cycle dan programming tools.

Bab 3 hingga 9 menerangkan fungsi-fungsi (functions) yang terdapat di dalam VB5, cara menggunakannya serta contoh-contoh pengaturcaraan yang diberi dalam bentuk case studiesBab 3 menerangkan asas pengaturcaraan VB seperti VB controls, VB events, fungsi numbers dan strings serta kegunaan input dan output. Bab 4 pula menerangkan bagaimana sub procedures, function procedures serta modular design memainkan peranan dalam pengaturcaraan VB5. Dalam Bab 5, penggunaan relational dan logical operators dijelaskan beserta dengan satu contoh pengaturcaraan yang diberi dalam bentuk case study. Bab 6 menerangkan tentang looping atau repetition dalam VB dengan menggunakan do loops dan for-next loops, beserta dengan case study. Bab 7 menerangkan penggunaan array, jenis-jenis array beserta case study.

Bab 8 dan 9 menerangkan tentang sequential files, additional control dan object dalam VB5. Bab 10 iaitu bab yang terakhir mengulas aplikasi VB dalam pengurusan pangkalan data (datababase management), serta kaitannya dengan relational database serta SQL.

Secara keseluruhan, buku ini amat sesuai untuk pengaturcara novis dan pengaturcara berpengalaman yang ingin belajar tentang Visual Basic (VB). Walaubagaimanapun, masih ada beberapa sub topik yang harus diperjelaskan dengan lebih teliti (harus menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu teknikal) supaya pengguna / pembaca novis lebih memahami apa yang ingin disampaikan.