ULASAN JURNAL 3

USING ONLINE SELF-ASSESSMENT IN INTRODUCTORY PROGRAMMING CLASSES
Gita C. Williams, Richard Bialac and Yi Liu
Information Technology and Marketing Department, Georgia College & State University, USA;
 gita.williams@gcsu.edu, rick.bialac@gcsu.edu, yi.liu@gcsu.edu
JCSC 22, 2 (December 2006)

Artikel ini menerangkan penggunaan penilaian kendiri secara dalam talian di dalam kelas pengaturcaraan. Sampel kajian terdiri daripada pelajar Sains Komputer yang mengambil kursus Introductory to Programming. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) pengaturcaraan komputer terutamanya object-oriented programming seringkali diperdebatkan oleh pelbagai pihak. Terdapat dua kaedah P&P yang biasa dilakukan iaitu (1) jurulatih mengajar procedural constructs berkenaan loops dan arrays sebelum memperkenalkan objek, dan (2) jurulatih memperkenalkan objek dahulu sebelum memulakan pengajaran loops dan arrays. Penilaian kendiri dalam talian (online self-assessment) dibina untuk menyokong P&P tersebut dan menggalakkan pembelajaran kendiri pelajar di luar kelas. Penilaian kendiri juga menggalakkan pelajar untuk memikul tanggungjawab pembelajaran mereka sendiri.

Dalam kajian yang dijalankan, pihak universiti masih mengekalkan kaedah P&P konvensional seperti kuliah, tutorial, praktikal di makmal dan tugasan mingguan. Sebagai penambahan 10% daripada gred keseluruhan diperuntukkan untuk tugasan secara dalam talian (online). Penambahan tugasan ini memberi peluan kepada pelajar untuk membuat self-assessment secara online untuk menyokong pembelajaran mereka. Penilaian kendiri secara online ini lebih kepada pengenalan terminology of object-oriented programming. Ia akan menjadi kayu pengukur kepada jurulatih / pensyarah terhadap pengetahuan pelajar untuk subjek tersebut. Penilaian online ini dibangun dalam WebCT yang membolehkan pelajar mengakses dan memantau mengikut kehendak mereka sendiri. Pelajar boleh mengulang kembali bahagian-bahagian tertentu yang mereka tertinggal atau mengulangkaji topik-topik tertentu jika mereka ingin mengingatinya semula.

Dapatan kajian menunjukkan keputusan pelajar meningkat dengan penggunaan penilaian kendiri dalam talian ini. Pihak fakulti juga telah bercadang untuk menukar kaedah P&P object-oriented language kepada objects-first approach. Ini kerana pelajar perlu didedahkan kepada objek-objek programming terlebih dahulu sebelum mereka diajar tentang loops dan arrays.

IMPLIKASI KEPADA P&P PENGATURCARAAN KOMPUTER
Penekanan terhadap kaedah P&P yang mantap perlu dititikberatkan sebelum suatu kelas/kursus pengaturcaraan komputer dijalankan. Daripada kajian di atas, dapat disimpulkan bahawa, pelajar perlu ditekankan kepada pengenalan kepada objek-objek programming sebelum mereka diajar tentang loops dan arrays. Ini penting untuk memastikan pelajar faham tentang konsep objek programming sebelum mereka membuat program dalam bahasa pengaturcaraan tertentu. Penilaian kendiri secara dalam talian juga penting bagi menyokong P&P pengaturcaraan komputer. Latihan secara interaktif membantu pelajar lebih fleksibel dalam menguruskan tugasan mereka. Walaubagaimanapun, pelbagai kaedah P&P lain masih boleh dipraktikkan ketika mengendalikan kelas / kursus pengaturcaraan komputer. Kepentingan yang perlu diutamakan ialah kefahaman pelajar terhadap topik yang disampaikan dan menggalakkan pembelajaran aktif di kalangan mereka.