ULASAN JURNAL 1

TEACHING BASIC GAME PROGRAMMING USING JAVASCRIPT
Penn Wu; Cypress College,9200 Valley View Street, Cypress, CA 90630
714-484-7000; pwu@cypresscollege.edu

Artikel ini menerangkan JavaScript sebagai bahasa pengaturcaraan untuk mengajar asas pengaturcaraan permainan (game programming). JavaScript mempunyai beberapa halangan dari segi teknikal, tetapi ia mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk merekacipta web games. Penggunaan JavaScript akan menggalakkan pelajar belajar tentang konsep pengaturcaraan dan seterusnya dapat mempersembahkan web games ke Web.

Penulis menerangkan bahawa ada beberapa bahasa pengaturcaraan yang biasa digunakan untuk mengaturcara permainan, seperti C++, C#, Java dan Visual Basic. Bahasa-bahasa pengaturcaraan ini mudah difahami oleh pelajar. Menurut penulis lagi, kebanyakan kursus asas pengaturcaraan permainan berfokus kepada pengajaran konsep asas sahaja. Kursus asas tidak membincangkan tentang teori lanjutan, mahupun teknik pengaturcaraan lanjutan. Oleh itu, penulis berpendapat bahawa JavaScript boleh dijadikan satu bahasa pengaturcaraan yang penting untuk (i) membolehkan jurulatih mengajar konsep asas pengaturcaraan dengan mengaturcara permainan (games), dan (ii) membantu pelajar belajar tentang kemahiran pengaturcaraan permainan melalui bahasa pengaturcaraan yang mudah difahami.

Dengan menggunakan JavaScript sebagai bahasa pengaturcaraan untuk merekacipta permainan, keseimbangan dari segi pembelajaran dan riadah, penjimatan kos mengajar, berjaya dilaksanakan. Penggunaan bahasa ini juga memotivasikan pelajar untuk terus merekacipta permainan baharu untuk dimasukkan ke dalam Web.

IMPLIKASI KEPADA P&P PENGATURCARAAN KOMPUTER
Dari artikel di atas, apa yang dapat disimpulkan adalah, penggunaan bahasa pengaturcaraan memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan P&P yang berkesan. Bahasa yang mudah difahami oleh pelajar seharusnya diambil perhatian yang serius, supaya pelajar mudah belajar dan seronok untuk belajar. Seterusnya dapat meningkat daya kreativiti pelajar untuk merekacipta sesuatu yang baharu dengan bahasa pengaturcaraan yang mereka pelajari.