ULASAN JURNAL 2

A PROJECT APPROACH TO THE THEORY OF PROGRAMMING LANGUAGES
Joan Krone; Denison University, Granville, Ohio 43023;
740-587-6484
JCSC 22, 1 (October 2006)

Artikel ini menerangkan tentang pendekatan tugasan berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan. Kebanyakan pelajar di Denison University didedahkan dengan Object-oriented paradigm ketika menulis program, terutamanya Java. Kajian ini menerangkan bagaimana pendekatan ini dilakukan kepada pelajar yang berupaya dan bijak melakukan pengaturcaraan, tetapi mempunyai latar belakang bahasa pengaturcaraan yang terbatas.

Kursus bahasa pengaturcaraan terbahagi kepada dua kategori, iaitu teori dan kaji selidik (survey). Kursus secara teori dijalankan kepada pelajar junior, yang memberi penekanan kepada isu-isu implementasi, struktur bahasa pengaturcaraan, rekabentuk bahasa pengaturcaraan dan semantik. Kursus secara kaji selidik pula dijalankan kepada pelajar senior, yang memberi penekanan kepada pelajar untuk mempelajari beberapa bahasa pengaturcaraan.

Kajian ini dilakukan berdasarkan kekangan dari segi pengalaman penggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan oleh pelajar, terutama dalam kursus Theory of Programming. Dalam kursus ini pelajar hanya belajar berasaskan buku teks untuk menyelesaikan tugasan. Salah satu tugasan yang diberi ialah Projek Semester. Objektif projek ini adalah untuk menggalakkan pelajar mempelajari prinsip-prinsip asas bahasa pengaturcaraan dan mengenalpasti isu-isu yang berkaitan. Pelajar akan membuat demonstrasi dan pembentangan di dalam kelas dan mempraktikkan amalan think, pair, share dalam kalangan pelajar lain yang mengikuti kursus ini. Oleh itu, pensyarah akan memastikan pelajar mereka membuat pilihan/keputusan yang tepat berdasarkan kebolehan, kemahiran dan keupayaan pelajar dalam memperkembangkan pengetahuan yang mereka perolehi daripada projek tersebut.

IMPLIKASI KEPADA P&P PENGATURCARAAN KOMPUTER
Daripada artikel ini dapat disimpulkan bahawa tugasan berasaskan projek (project-based assessment) dapat membantu pelajar mempelajari dan memahami bahasa pengaturcaraan dengan cara yang lebih mudah. Tugasan ini juga membantu pensyarah membimbing pelajar yang pertama kali menggunakan satu-satu bahasa pengaturcaraan. Pelajar dapat mempraktikkan apa yang dipelajari melalui tugasan yang diberi, serta belajar membuat keputusan dengan tepat ketika membuat tugasan tersebut. Salah satu cara untuk mempelajari pelbagai bahasa pengaturcaraan adalah dengan membuat eksplorasi / menggunakan bahasa-bahasa pengaturcaraan tersebut. Pelajar digalakkan mempelajari bahasa pengaturcaraan dengan cara tersebut, seterusnya berkongsi pengalaman dengan rakan sekelas bagi mewujudkan pembelajaran aktif (active learning).