Monday, February 15, 2010

LEARNING OBJECT & INSTRUCTIONAL DESIGN (ID)

1. Objek Pembelajaran (OP) = Learning Object (LO)

2. Istilah ini wujud dari 2 bidang amalan profesional :
  1. Object Oriented Programming - Kod-kod dikelompokkan supaya boleh diguna semula.
  2. Objektif Pembelajaran - Matlamat yang perlu dicapai selepas aktiviti pembelajaran dilaksanakan (pencapaian objektif).
3. Objek pembelajaran ialah sebarang entiti, sama ada dalam bentuk digital atau tidak, yang digunakan, digunakan semula, atau dirujuk bagi membantu pembelajaran (Gibbons, Nelson & Richards, 2000)

4. Objek pembelajaran boleh mengandungi satu atau lebih komponen termasuk teks, video, imej, nombor, symbol dan rajah; membentuk satu himpunan pelajaran atau modul.

WHAT?
Objek Pembelajaran merujuk kepada sumber. Biasanya ia berbentuk digital dan berasaskan web di mana ia boleh diguna, diguna semula (reuse) dan bersifat kendiri (self-contained) untuk menyokong pembelajaran.
Objek Pembelajaran boleh mengandungi satu/lebih komponen. Ia meliputi teks, video, imej, nombor, simbol & rajah yang membentuk himpunan pelajaran/modul.

WHO?
Sesiapa sahaja boleh menggunakan OP.
WHY?
  1. Fleksibel/Luwes - LO boleh diubah atau disesuaikan mengikut keadaan.
  2. Kos yang efektif kerana objek pembelajaran boleh diguna semula.
  3. Customizability - boleh digunakan mengikut situasi pelajar, kelas dan stail/gaya pembelajaran.

WHEN?
Bila-bila masa sahaja.

WHERE?
Di mana-mana sahaja.

HOW? (Bagaimana Objek Pembelajaran dihasilkan?)
Ada 8 langkah :-
  • Menulis objektif pembelajaran dengan jelas.
  • Memilih kandungan yang sesuai dan boleh menyokong objektif pembelajaran.
  • Sistem/medium penyampaian yang sesuai.
  • Aktiviti yang sesuai.
  • Memberikan aktiviti yang sesuai mengikut kemahiran dan minat pelajar.
  • Mempelbagaikan aktiviti (kreativiti).
  • Maklum balas yang konstruktif (respons yang positif).
  • Penilaian formatif dan sumatif.
Sumber :
1. http://www.slideshare.net/zaharihamidon/objek-pembelajaran; Retrieved 28/1/2010
2. http://www.scribd.com/doc/25411074/Model-Pembelajaran; Retrieved: 29/1/2010
3. Beck, Robert J. (2009), "What Are Learning Objects?", Learning Objects, Center for International Education, University of Wisconsin-Milwaukee


4C / ID (4 Components Instructional Design)

4 komponen penting yang saling berkaitan dalam rangka kerja untuk pembelajaran yang kompleks:
(i) Learning Tasks (tugas pembelajaran)
(ii) Supportive Information (maklumat yang menyokong)
(iii) Just-In-Time (JIT) Information/Procedural Information
(iv) Part-Task Practice (bahagian tugas latihan)

Learning Tasks
OP digunakan ketika guru memberi tugasan kepada pelajar. Tugasan/ Objek Pembelajaran yang diberi bertujuan memenuhi objektif pembelajaran.

Supportive Information
OP digunakan untuk menyokong pembelajaran dengan mengintegrasikan pengetahuan sedia ada dan tugasan yang diberikan kepada pelajar.

JIT Information
Maklumat sedia ada di dalam OP boleh diguna semula untuk mencapai objektif pembelajaran yang baru.

Part-Task Practice
OP membentuk dan meningkatkan tahap kemahiran pelajar dalam suatu tugasan yang diberikan kepada mereka.

Sumber : Blueprints for Complex Learning: The 4C/ID-Model. Jeroen J. G. van Merriënboer, Richard E. Clark and Marcel B. M. de Croock. ETR&D, Vol. 50, No. 2, 2002, pp. 39–64 ISSN 1042–1629.






No comments:

Post a Comment